Saturday, January 10, 2009

Muharram Versi Ahlisunnah VS Syiah

Versi Ahlisunnah

Bulan Muharram adalah bulan Allah dan didalamnya terdapat hari yg mulia disisi islam iatu 10 muharram atau lebih dikenali sebagai Asyura,Kerana mulianya hari tersebut golongan yahudi dizaman Rasullah turut merayakan dengan acara-acara yang pastinya menyelisihi syariat Islam yang mulia.Para sahabat Rasullah apabila mengetahui bahawa Yahudi amat mengagungkan hari tersebut,lalu mereka mengadukan kepada Rasullah dengan mengatakan: Ya Rasulullah, sesungguhnya Asyura' itu adalah hari yang diagungkan oleh orang Yahudi dan Nasrani", maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berkata: "Tahun depan insya Allah kita akan puasa (asyura')." (HR. Muslim)

Diantara keutamaan Asyura adalah :

  • Disunnahkan berpuasa seperti diriwaytakan oleh Abu Hurairah, Rasululllah shallallaahu ‘alaihi wasallam berkata: “Sebaik-baik puasa setelah puasa ramadhan adalah puasa dibulan muharram, dan sebaik-baik shalat setelah shalat fardhu adalah shalat malam” (HR. Muslim) Dari ibnu Abbas ia berkata : "Saya tidak pernah melihat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berpuasa pada suatu hari karena ingin mengejar keutamaannya selain hari ini (Asyura') dan tidak pada suatu bulan selain bulan ini (maksudnya: Ramadhan)."(HR. Al-Bukhari , Muslim )

  • Puasa dihari Asyura dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu seperti mana diriwayatkan oleh Abu Qatadah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam ditanya tentang puasa Asyura maka beliau menjawab: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu." (HR. Muslim , Ahmad ).

Asyura bagi Ahlusunnah adalah hari yang dipenuhi dengan amal ibadat kepada Allah iatu dengan berpuasa,

Namun,Syiah mempunyai ritual yang agak pelik bagi meraikan hari Asyura sehingga boleh dikatakan perbuatan mereka dihari tersebut lebih teruk daripada ritual yang dilakukan yahudi bagi menyambut hari asyura

Versi Syiah

Asyura bagi Syiah adalah hari meratapi Kesyahidan Saidina Husin.Pada hari tersebut penganut Syiah akan melakukan perbuatan yang keji seperti melibas kepala mereka dengan pedang,meraung-raung dan banyak lagi seperti dinyatakann oleh Ahmad al-Kisrawiy:“Pada setiap kali Asyura, mereka memperingati kematian Saiyidina Husin dengan melakukan perbuatan-perbuatan tercela seperti berkumpul sambil menangis dan meratapi bagaikan histeris. Mereka juga mengadakan perarakan di jalan-jalan dan pasar-pasar sambil memukul tubuh dengan rantai besi, melukai kepala dengan pedang, mengikat tangan dan sebagainya”. (Al-Tasyayyu’ Wasy-Syi’ah, Ahmad al-Kisrawiy al-Syi’iy, hal.141, Tahqiq Dr. Nasyir al-Qifari).

Wahai pembaca! Perhatikanlah bertapa jauhnya perbuatan mereka dengan syariat Islam yang mulia,Sedangkan didalam kitab syiah sendiri melarang perbuatan meratapi kematian seperti mana yang terdapat didalam Nahjul Balaghah,syarif Radhi menukilkan kata-kata saidin Ali yang bermaksud “Sesiapa yang memukul tangannya ke atas pahanya ketika ditimpa musibah maka binasalah amalanya (Nahhjul Balghah juz 4 hal. 34)

Lihat! Memukul paha ketika ditimpa musibah sudah cukup bagi membinasakan amalan apalagi sekiranya kita meratapi dengan memukul pedang dan menglibas besi ke badan?

Ulama Syiah Ibnu Babuwaih al-Qummi yang digelari Al-saduq(yang sangat benar) menyebutkan bahawa diantara ucapan Rasullah ialah “ Meratap kematian adalah amalan jahilliah”( Man laa Yadhurul faqih jilid 4 hal 271)

Perbuatan melukakan badan pada hari Asyura juga adalah perbuatan yang menyerupai golongan Kafir seperti mana dilakukan oleh kaum india pada hari Thaipusam dan juga Masyarakat kristian di Philipina.

Rasullah bersabda : Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka ia adalah sebahagian mereka.(hasan,abu dawud)

Penutup


Sesunggunhya Ahlulbait yang mulia berlepas diri terhadap perbuatan keji yang dilakukan oleh Syiah pada hari Asyura.Setiap insan yang mempunyai fitrah yang suci pasti akan menolak ritual sesat sebegini apatah lagi sekiranya kita mengkaji sejarah arab jahiliah tidak dijumpai amalan meratapi kematian sebegini sedangkan mereka tidak mampunyai kitab sebagai panduan.Namum,Syiah telah melakukan perbuatan yang lebih teruk daripada zaman jahiliah sedang mereka mempunyai Al-Quran dihadapan mereka..Fikir-fikirkanlah

Gambar-Gambar sekitar Asyura oleh Syiah

















INIKAH ISLAM YANG DIAJARKAN OLEH AHLULBAIT?

3 comments:

muqowamah said...

BUKA MATA BUKA HATI.

BILA TIDAK FAHAM JANGAN BICARA.

LIHAT GAMBAR JANGAN LNGSUNG FAHAM.

SEKALI KALI DATANG LAH KE KANADA, MALAYSIA, BAHRAIN, QATIF, LIBANON, IRAN.

MELUMURI DARAH PADA ACARA ASYURO ADALAH LUMRAH. SAMA SEPERTI DARAH FILM RAMBO.

JELAS SEKALI MEREKA TIDAK TERLUKA, DAN PEDANG YANG DIGUNAKAN ADALAH PEDANG BOHONGAN. SAMA SEPERTI FILM JET LI.

MANALAH MUNGKIN ORANG TERLUKA SEGAR DAN BERDIRI.

ANTUM SENDIRI APA BISA BERDIRI BILA KEPALA PECAH?

~ JANGAN LAH MENEBAR FITNAH, NANTI BERTAMBAH DOSA ANTUM DAN BERKURANG PAHALA ANTUM ~

Jernih said...

Namanya sahaja pun sudah mazhab cinta. Suatu mazhab yang bertunjangkan kepada kecintaan kepada ahlul bayt yang diperintahkan kewajipan cinta kepada mereka melalui perintah Allah dan lisannya Nabi saw.

Bila sudah dikatakan cinta, orang yang bukannya pecinta mereka pasti tidak mengerti untuk apakah mereka perbuat seperti itu?. Bila disebut cinta, dimensi cinta sudah sangat lari dari dimensi logik dan aqal fikiran.

Contoh;

Di manakah logiknya perbuatan Nabi Ibrahim as. meninggalkan bayinya Ismail dan Siti Hajar di lembah tandus Mekah bersendirian?

Di manakah logiknya Ibrahim menyembelih anaknya sendiri di hari 10 Zulhijjah?

Jawapannya ialah Ibrahim as cinta kepada Allah dan bersedia berkorban apa sahaja demi menyahut segala perintah Allah hatta sampai ke tahap menyembelih anaknya sendiri.

Baru melihat sekadar titisan darah tertumpah dek kerana cintakan Imam Hussein yang tidak pun membahayakan para pelakunya sudah dianggap sesat, bagaimana kamu boleh menilai pengorbanan para pencinta yang lebih dari itu?.

Kami menganggap Imam Hussein mengorbankan harta, anak-anaknya, saudara2nya, sahabat2 dan apa sahaja sekalipun demi untuk cintakan Allah di hari Asyura 61 Hijrah. Kalau setakat beberapa titisan darah seperti itu, tidak punya erti yang besar jika dibandingkan dengan korbannya Hussein di Karbala.

Abu Asyraf Al-Zarqawi said...

Nabi Ibrahim a.s melakukan smu itu krn mengikut perintah Allah.

Dan Syiah melakukan Smua itu mengikut perintah siapa?

Ahlulbait yg mana mengizinkn perlakuan ini?

mereka yg mmpunya Fitrah yg suci dan bersih tidak akan bisa melakukan perlakuan barbaric ini