Thursday, January 22, 2009

Khutbah Jumaat Di MasjidilHaram Mekkah

Intisari Khutbah Jumaat dari MasjidilHaram Mekah16 Zulhijjah 1427 HKhatib Al Sheikh Dr Usamah Abdullah Al Khaiyyath

Setelah terpilih menjadi tetamu Allah, menjadi pengunjung Baitullah,dapat berdoa di Multazam, di dalam Hijr Ismail, di belakang Maqam, diSafa dan Marwah, meminum air zam zam, berwukuf di Arafah, bermalam di Mudzalifah dan Mina, kini tibalah masanya bagi jemaah haji membalasikurniaan Allah ini dengan syukur dan ketaatan.

Mentaati Allah dalam semua urusan kehidupan adalah bukti syukur terhadap semua nikmat dikurniakan Allah kepada jemaah haji. Bersyukurdan berterima kasih di atas undangan Allah, dan menikmati ibadah disisi Baitullah adalah dengan meletakkan diri di atas landasan imandan taqwa.

Apakah setelah diundangi Allah menjadi tetamu-Nya para jemaah haji mahu kembali kepada sejarah lampaunya? Setelah Allah pakaikan pakaiantaqwa dan diletakkan mahkota iman di dadanya dia mahu membuangnya dan kembali kepada pakaian maksiat, fasik dan kekufuran! Janganlah sekali-kali kita menjadi orang yang tidak pandai berterima kasih!

Allah mengajar kita, setelah selesai manasik kita hendaklah memperbanyakkan mengingati Allah sebagaimana kita mengingati bapa-bapa kita atau lebih hebat lagi dan berdoa, 'Wahai Tuhan kamiberikanlah kepada kami kebaikan di dunia dan di akhirat, sertaselamatkanlah kami dari azab api neraka. Anas bin Malik seperti yangdiriwayatkan oleh Imam Ahmad menyatakan inilah doa yang seringdiungkapkan oleh Rasulullah saw.

Kebaikan di dunia terkumpul di dalam rezeki yang luas, ilmu yangbermanfaat dan melakukan amalan soleh. Kebaikan di akhirat pula adalah terselemat dari kekacauan di padang Mahsar, dapat memasuki syurga dan terselamat dari api neraka.

Kita tidak akan sampai ke syurga jika tidak berjalan menuju kearahnya walaupun kita mat arif manalah jalan yang akan membawa kitake situ. Kita juga tidak akan dapat menyelamatkan diri kita dari apineraka kalau kita masih berjalan menujunya dengan bangga, walaupunkita tahu itu adalah jalan yang salah dan neraka itu ertinya azab dankesengsaraan yang tiada tolok bandingnya dan tidak akan berakhir

Lantas para jemaah hendaklah memerhatikan setiap detik hidupnya selepasnya ini. Kita mesti memastikan iman semakin kuat dan taqwasemakin mantap. Selepas haji, kita hendaklah lebih baik dari sebelumhaji kerana itulah satu-satunya bukti yang HAJI KITA BENAR-BENARMABRUR!

http://al-fikrah.net/Forums/viewtopic/p=48130.html#48130

No comments: