Monday, December 29, 2008

Doa untuk Gaza

Jeritan Palestin

Isnin,29/12/2008 -Sumber-sumber Palestin melaporkan pada hari Ahad bahawa tentera rejim Zionis telah mengebom beberapa kawasan dalam bahagian yang berbeza di semenanjung Gaza yang mengakibatkan lima Warga Palestin mati dan mencederakan beberapa penduduk . Jumlah yang maut akibat serangan Israel bermula pada hari Sabtu hingga kini berkedudukan pada 303 kematian manakala sekurang-kurangnya1000 orang penduduk tercedera, 180 dengan kecederaan serius.Laman web berita Arabs48 melaporkan bahawa tentera rejim Zionis telah pengebom satu bengkel tukang besi dan sebuah rumah dalam kawasan al Zeitoun di Gaza City, seorang lelaki dan seorang wanita maut.Di al Nusseirat, tentera rejim Zionis telah mengebom kenderaan dua Warga Palestin, sumber-sumber perubatan berkata.Saksi-saksi melaporkan beratus-ratus penduduk itu lari ke kawasan sempadan antara Gaza dan Mesir dalam satu percubaan untuk menyelamatkan diri tetapi pengawal
sempadan Mesir telah menembak mereka, seorang anak terbunuh dan beberapa penduduk-penduduk lain cedera.

Hari ini adalah hari yang sangat menyedihkan bagi kita umat Islam.Sekali lagi Bangsa Kera dan babi yang sememangnya telah menyimpan dendam kesumat terhadap umat Islam khususnya di Palestin telah mengebom gaza dan pastinya nyawa yang melayang bukannya sedikit.Semoga Allah memberi ketabahan dan keteguhan hati kepada setiap pejuang Palestin bagi menghadapi musuh-musuh Allah yang yang terlaknat ini.

Apabila kamu bertemu dengan orang-orang kafir (di medan perang) maka pancunglah batang leher mereka. Sehingga apabila kamu telah mengalahkan mereka maka tawanlah mereka dan sesudah itu kamu boleh membebaskan mereka atau menerima tebusan sampai perang berakhir. Demikianlah apabila Allah menghendaki niscaya Allah akan membinasakan mereka tetapi Allah hendak menguji sebahagian kamu dengan sebahagian yang lain. Dan orang-orang yang syahid pada jalan Allah, Allah tidak akan menyia-nyiakan amal mereka. [Muhammad :4]

Bagi kita disini jangan lah kita lupa pada suadara kita yang sedang menderita di Palestin.Berdoalah kita Kepada Allah semoga Dihancurkan Yahudi dan seterusnya memberi kemenangan kepada mereka..Mungkin doa yang tidak seberapa itu dikira oleh Allah Sebagai pahala membantu Agamanya sebagaimana firman Allah :

Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. [Muhammad : 7]

Saturday, December 27, 2008

Ketabahan Al-Imam Abu Bakar An-Nablusi

Telah tercatit dalam sejarah kisah seorang ulama Ahlu sunnah yang berani dan tabah dalam melaungkan kebenaran dan menjulang bendera tauhid di hadapan golongan yang kufur terhadap Allah dan Rasulnya.

Al-Imam Abu Bakar An-Nablusi hidup semasa pemerintahan kerajaan fathimiyah yang bermazhab Syiah dibawah pemimpin yang bernama Al-mu’Izzu Al-Fathimi.

Telah dikisahkan mu’Izzu telah memanggilkan Al-Imam Abu Bakar An-Nablusi ke istananya setelah ia mendapat tahu bahawa Al-imam Abu bakar berkata buruk terhadap kerajaannya.

Ibnu Katsir telah menukilkan kisah tersebut didalam kitabnya Al-Bidayah wa An-Nihayah :

“Dia(mu’izzu) mendatangkan seorang yang zuhud,ahli ibadah,wara’dan bertakwa,yaitu Abu Bakar An-Nablusi.Al-Mu’izzu berkata kepadanya,”Telah sampai padaku berita tentang kamu,bahawa kamau mengatakan,’Seandainya aku memiliki sepuluh anak panah,aku tujukan Sembilan untuk orang-orang Romawi dan yang satu untuk orang-orang Mesir,yakni orang-orang Fathimiyah?’ An-Nablusi berkata,”Aku tidak mengatakan itu”.Dia mengira bahawa An-Nablusi menarik ucapanya kemudian dia berkata kepadanya,”apa yang kamu katakan?” Dia menjawab , “ Aku mengatakan, “seharusnya kami melemparkan/mengarahkan (anak panah) untuk kalian dengan Sembilan (anak panah),kemudian kami lemparkan mereka(romawi) dengan satu (anak panah yang kesepuluh).” Al-Mu’izzu bertanya, “Kenapa demikian?” Al-Imam menjawab, “Kerana kalian telah mengubah agama umat,membunuh orang-orang saleh,memadamkan cahaya Tuhan dan kalian mengaku-ngaku sesuatu yang tidak pantas bagi kalian.

“Kemudian Al-mu’iizu memerintahkan untuk mengumumkan penghukuman terhadap An-Nablusi pada hari pertama, memukulnya dengan keras dan sadis pada hari kedua dan mengupas kulitnya pada hari ketiga.Ditugaskan seorang Yahudi untuk mengupas kulit Imam An-nablusi dan ketika itu beliau sedang membaca Al-Quran.Orang Yahudi itu berkata,”aku sangat merasa kasihan padanya,maka ketika sampai pada bahagian jantungnya,aku menikam dengan pisau lalu dia mati”

Semoga Allah mengasihinya.Dia disebut dengan syahid dan kerana itulah sampai hari ini penduduk Nablus dinisbatkan dengan Banu Syahid(Keturunan orang Syahid) [Al-Bidayah wa An-Nihayah, 11/284]

Alangkah mulianya,orang yang teguh dalam kebenaran. Dan alangkah indahnya, hidup sesuai dengan As-Sunnah dan mati kerananya, walaupun kulit harus dikupas dari dagingnya.Kita tidak perlu hairan dengan kelakuan Syiah terkutuk ini.Semoga Allah membalasnya.Hanya kerana nama orang Nablus ini adalah Abu bakar sudah cukup untuk mengobarkan api kebencian Syiah terkutuk ini.Kerana mereka membenci Abu Bakar Ash-Shidiq dan siapa sahaja yang mencintai Abu bakar ash-Shiddiq Radhiyallahu Anhu

Thursday, December 25, 2008

Merry Christmas?

Ulama syiah menyambut Christmas di gereja Mar eleva Baghdad(sekadar gambar hiasan)

Mata aku secara spontan mengalih pandangan kearah TV dan aku amat terkejut apa yang aku lihat hari ni..Kenapa tidak aku terkejut,anak-anak melayu berkoir bersama-sama sempena menyambut kelahiran nabi Isa Alaihissalam dan lagi mengejutkan aku pengacara TV tersebut seorang melayu dan pastinya seorang muslim mengucapkan Merry Christmas sesama mereka tanpa merasa apa2..


Tahukah mereka tujuan sambutan Christmas bagi penganut kristian?oleh itu,mari kita lihat bersama-sama,


"Christmas (IPA: /krɪsməs/), occasionally referred to as Christmas Day or Christmastide, is an annual Christian holiday celebrated on December 25 or January 7[2] that marks and honors the birth of Jesus of Nazareth(http://en.wikipedia.org/wiki/Christmas)


dari penyataan di atas faham lah kita bahawa sambutan christmas adalah sempena Kelahiran Nabi Isa Alaihissalam.


Tahukah mereka bagi penganut Kristian nabi Isa adalah anak Allah,ini jelas syirik Akbar(besar) disisi Islam seperti dinyata di dalam Al-quran :


Demi sesungguhnya, kamu telah melakukan satu perkara yang besar salahnya! Langit nyaris-nyaris pecah disebabkan (anggapan mereka) yang demikian dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah serta gunung-ganang pun nyaris-nyaris runtuh ranap kerana mereka mendakwa mengatakan: (Allah) Ar-Rahman mempunyai anak. Padahal tiadalah layak bagi (Allah) Ar-Rahman, bahawa Dia mempunyai anak. [Maryam 19:88-92]


Sesungguhnya Allah tidak diperanakan atau beranak,Allah berfirman :


Katakanlah: “(Tuhanku) ialah Allah Yang Satu, Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat, Allah tidak beranak dan tidak diperanakkan, Dan tidak ada sesiapapun yang serupa dengan-Nya". [al-Ikhlas 112:1-4]


Menganut Kristian juga mengatakanTuhan itu tiga(trinity) iatu The Father, The Son and The Holy Spirit

ini juga adalah kesalahan yang fatal dalam akidah mereka,Allah telah berfirman :


Wahai Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani)! Janganlah kamu melampaui batas dalam perkara agama kamu dan janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar.Sesungguhnya al-Masih Isa ibni Maryam (Jesus) hanya seorang pesuruh Allah dan Kalimah Allah yang telah disampaikan-Nya kepada Maryam dan (merupakan tiupan) roh daripada-Nya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasul-Nya dan janganlah kamu mengatakan: "(Tuhan itu) tiga (Trinity)".Berhentilah (daripada mengatakan yang demikian) supaya menjadi kebaikan bagi kamu. Hanyasanya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah daripada mempunyai anak. Bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan cukuplah menjadi Pengawal (Yang Mentadbirkan sekalian makhlukNya). [an-Nisa’ 4:171]


Sesungguhya penganut Kristian tidak berhenti mengatakan Tuhan itu tiga sehingga ke hari,oleh itu, Allah mengatakan mereka telah Kafir dari agama diredhai Allah :


Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga tuhan.” Padahal tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan yang Maha Esa. Dan jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. [al-Maidah 5:73]


Dalil-dalil yang dibawakan diatas sudah cukup untuk memberi gambaran kepada kita keharaman menyambut Christmas bagi seluruh umat Islam.


Ingat lah wahai Umat Islam! Akidah anda lebih berharga dari dunia dan isinya,oleh sebab itu jangan kita terlalu mudah menyambut semua perayaan yang ada di negara kita tanpa mengetahui maksud dan tujuan perayaan itu disambut ingat lah pesan Allah kepada kita :


Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.” [al-Isra’, 17: 36]


Semoga Allah memberi kita pentunjukan diatas setiap perbuatan yang kita lakukan.


Friday, December 19, 2008

Kenapa Syiah membenci para Sahabat Rasullah??

Tuesday, December 16, 2008

Taubat Pemudi Syiah

Taubat seorang pemudi Ihsaa’

Seorang pemudi Syi’ah dari perkampungan Ihsaa’ menceritakan kisah taubatnya dan ia memperolehi petunjuk kepada kebenaran.

Saya adalah seorang pemudi dari sebuah perkampungan Ihsaa’ yang dididik dengan kecintaan kepada Nabi s.a.w. dan kecintaan kepada Ahlul Bait-Nya a.s. serta dididik dengan penuh keyakinan bahawa Ahlul Bait adalah sebab selamatnya saya daripada kemurkaan tuhan dan daripada neraka. Tanpa kasih dan cintakan mereka segala amalan saya sama ada ibadat-ibadat dan kewajipan-kewajipan yang difardhukan ke atas sekalian orang Islam seperti sembahyang, puasa dan lain-lain tidak akan memberikan sebarang manfaat kepada saya. Begitu juga saya dididik dengan kewajipan membenci orang-orang yang memusuhi dan menzalimi mereka (ahlul bait).

Saya adalah di antara orang yang bersikap keras dan fanatik terhadap aliran pegangan saya dan saya tidak mahu membahasnya lagi dengan menganggap memperdebatkannya adalah merupakan kesalahan terhadap pegangan saya. Begitu juga saya sering berprasangka buruk terhadap golongan Ahlus Sunnah dengan beranggapan bahawa mereka sering memandang negative terhadap peganganku walaupun saya mempunyai ramai teman-teman dari kalangan Ahlus Sunnah. Saya boleh menerima segala perkara dari mereka kecuali perbahasan tentang pegangan saya dengan saya menyangka bahawa mereka (Ahlus Sunnah) memang menyedari bahawa mereka berada di pihak yang salah tetapi mereka mendakwa bahawa merekalah yang benar semata-mata kerana memusuhi ahlul bait dan mereka mahu merubah asas-asas mazhab Syi’ah serta berdusta atas nama imam-imam dan Syi’ah mereka.

Saya berterusan dengan pegangan tersebut pada waktu itu kemudian saya berpeluang untuk menyambung belajar di hauzah (pusat pengajian agama Syi’ah) ilmiah. Saya pergi ke sekolah pada waktu pagi dan ke hauzah pada waktu petang. Kemudian saya menghadapi kesulitan di dalam menggabungkan kedua-dua pengajian tersebut sekaligus di mana kalau saya memberikan waktu sebagai pelajar peringkat menengah (di sekolah) saya tidak dapat meneruskan pengajian di hauzah sedangkan saya benar-benar yakin tentang keutamaannya, lalu saya berfikir untuk meninggalkan sekolah tetapi keluarga saya menghalang dan mereka menasihati saya supaya saya belajar di hauzah ketika cuti musim panas dengan mengikuti kursus-kursus yang diadakan di hauzah.

Selepas saya menamatkan peringkat menengah saya menyambung pengajian saya di hauzah ilmiah dan saya beriltizam untuk belajar sepenuh masa dengan merasa bangga sambil meyakini bahawa amalan ini akan menghampirkan diri saya kepada Allah taala.

Selepas saya menamatkan peringkat menengah saya menyambung pengajian saya di hauzah ilmiah dan saya beriltizam untuk belajar sepenuh masa dengan merasa bangga sambil meyakini bahawa amalan ini akan menghampirkan diri saya kepada Allah taala.

Di antara persoalan yang berlegar di fikiran saya adalah, bila mana kami mengagongkan imam-imam dan anak-anak mereka melebihi Rasulullah s.a.w. yang merupakan sebaik-baik manusia di mana kami merayakan hari kelahiran mereka, menangisi sejarah kewafatan mereka dan mengambil berat tentang sejarah mereka berlainan dengan Nabi s.a.w.. Saya tidak menafikan bahawa kami (Syi’ah) juga mengadakan perhimpunan menyambut kelahiran Nabi s.a.w. dan melakukan upacara takziah sebagai tanda kesedihan di atas kewafatan Baginda s.a.w. tetapi ianya jauh berbeza jika dibandingkan dengan sambutan kelahiran Imam Mahdi pada Nisfu Sya’ban di mana kita memakai pakaian baru dan menganggapnya sebagai hari perayaan sedangkan kelahiran Nabi s.a.w. kita hanya berpada dengan berhimpun sahaja.

Oh! Betapa besarnya perbezaan antara sambutan takziah Husain denagn kewafatan sebaik-baik manusia, Muhammad s.a.w. Kami pada hari itu berpuasa separuh hari, menangisi Husain dan memukul-mukul dada. Aku sering tertanya-tanya juga di manakah anak-anak perempuan Rasul s.a.w. yang lain serta isteri-isteri-nya di dalam lipatan sejarah kita. Mengapa kita berpura-pura/ sengaja melupakannya.

Persoalan kedua, kebiasaannya pada ketika kita ditimpa musibah atau mempunyai sesuatu hajat kita akan mengadapkan permohonan dan pertolongan kepada ahlul bait supaya melepaskan kesusahan yang kita hadapi lebih daripada kita menghadapkan diri kepada Allah

Persoalan ketiga, kenapakah diharamkan ucapan “amin” selepas membaca surah al-Fatihah di dalam sembahyang dengan alasan penambahan dan pengurangan yang membatalkan sembahyang. Sebaliknya di sisi kita mustahab mengucapkan “اشهد أن علياً ولي الله” di dalam sembahyang. Jika ia satu penambahan maka ia akan membatalkan sembahyang berdasarkan kepada hukum menambahkan sesuatu dalam sembahyang akan membatalkannya seperti ucapan amin selepas surah al-Fatihah. Jika ia bukan penambahan tentu hukumnya dalam sembahyang tidak sunat dan tidak wajib

Persoalan keempat, saya saling tertanya-tanya adakah boleh diterima akal bahawa Nabi s.a.w. sebagai sebaik-baik manusia lemah serta gagal di dalam memilih sahabat-sahabat dan isteri-isteri kerana Baginda memilih sahabat-sahabat yang mentohmahnya dengan mengatakan Baginda meracau di saat-saat kewafatan-Nya kemudian selepas kewafatan-Nya mereka murtad daripada agama serta menyakiti anak perempuannya! Apakah boleh diterima akal salah seorang isteri Rasul akan melakukan khianat sedangkan ayat al-Quran begitu jelas menyebutkan sesuatu yang tidak memerlukan kepada penafsiran lagi iaitu:

إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنْكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيرًا

Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu - Wahai "AhlulBait" dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).

Suatu perkara yang sudah dimaklumi iaitu isteri seseorang serta anak-anak perempuannya adalah merupakan ahlulbaitnya.(Tambahan:Hanya mereka yang jahil sahaja yang menyata sebaliknya)

Saya teringat di suatu ketika saya mendengar daripada kata-kata seorang syeikh di dalam satu kuliahnya dia berkata: “Sesungguhnya Imam Ali lebih mulia daripada Nabi di sisi Allah dan Husain lebih mulia daripada keduanya. Ia menjadikan satu hadith sebagai dalil tapi malangnya saya tidak mengingati hadith itu.

Dan banyak lagi persoalan yang membingungkan saya pada ketika itu.

Sebenarnya boleh dikatakan orang yang mendorong saya untuk mengkaji hakikat sebenar adalah syeikh yang mengajar saya di hauzah ilmiah di mana dia sering menasihati kami supaya tidak berpada dengan ilmu-ilmu, kitab-kitab dan tokoh-tokoh kami sahaja bahkan menasihati kami supaya mengkaji ilmu-ilmu Ahlus Sunnah, kitab-kitab mereka dan tokoh-tokoh mereka supaya kami dapat membuat perbandingan di antara dua mazhab ini dan supaya kami bertambah yakin bahawa mazhab kami sahajalah yang merupakan mazhab yang betul.

Namun begitu saya tidak mempedulikan nasihatnya tersebut dengan alasan sesungguhnya saya benar-benar yakin bahawa saya berada di atas kebenaran. Saya terus berada dalam keadaan demikian sehingga saya mula berfikir untuk menyebarkan mazhab Syi’ah dan memberikan petunjuk kepada orang yang belum mendapat petunjuk lalu saya ingin meneliti sebahagian kitab-kitab Ahlus Sunnah untuk saya mengetahui tempat-tempat yang terdapat kesilapan di dalam mazhab mereka supaya saya dapat memfokuskan nasihat saya. Maka saya mula meneliti dan mengkaji melalui internet dan membaca sebahagian kitab. Pada peringkat permulaannya saya membacanya dan mendustakan apa yang terdapat di dalamnya sehinggalah saya mula membaca sebahagian hadith yang terdapat di dalam kitab sahih Bukhari melalui internet dan bila mana saya sampai bab “kitab waktu-waktu sembahyang” saya tidak mengetahui bilakah persoalan ini yang muncul secara tiba-tiba iaitu sudah sekian lama sembahyang lima waktu merupakan sembahyang yang mempunyai namanya yang khusus berserta waktunya sedangkan kita Syi’ah mengerjakannya bukan pada waktunya.

Dari sini saya berpindah untuk mengkaji tentang hakikatnya lalu saya meneliti tentang dalil-dalil yang thabit bahawasanya Rasulullah s.a.w. menjama’kan sembahyangnya tanpa musafir atau sakit atau ketakutan dan saya tidak menemui jawapannya. Lalu saya terpaksa meminta pertolongan daripada teman sekerja saya yang saya percaya dia akan menyembunyikan masalah saya dan ia adalah dari kalangan Ahlus Sunnah dalam keadaan saya pasti kalaulah jelas kepada saya bahawa Rasulullah s.a.w. bersembahyang secara berasingan dan tidak menghimpunkan sembahyangnya kecuali ketika adanya kesulitan maka ia adalah satu-satunya kesilapan di dalam mazhab saya dan saya mungkin akan dapat memperbaiki kesilapan tersebut dalam keadaan saya terus menganut mazhab saya ini.

Semoga Allah memberikan kepadanya beribu kebaikan di mana dia telah memindahkan persoalan saya kepada seorang Syeikh dan dia telah mengemukakan jawapan kepada saya berserta dengan dalil-dalil yang memuaskan dan dia memberikan nasihat kepada saya supaya mengikuti laman web golongan yang bangkit meninggalkan Syi’ah.

Saya mula melayarinya lalu saya membaca akidah ahlul bait di sisi Ahlus Sunnah. Pada permulaannya saya dapat membaca kesilapan saya namun tidak berpuas hati. Kemudian saya mula merasa puas dengan apa yang ditulis di dalamnya. Di samping itu saya membandingkannya dengan kitab-kitab dan rujukan-rujukan yang ada di sisi kita (Syi’ah) untuk memuaskan hati bahawa di sana memang terdapat kesilapan di dalam sesuatu tajuk itu tetapi saya cuba untuk menolak dalam keadaan hampa serta menekan jiwa saya. Lalu saya memutuskan untuk menyambung penelitian terhadap laman web tersebut selepas saya berazam untuk mencari kebenaran tanpa didorong oleh sifat fanatik atau ta’assub kepada mazhab saya dan saya sekali-kali tidak akan berpuas hati dengan mana-mana dalil pun kecuali berdasarkan dalil daripada kitab Allah supaya saya memelihara fikiran saya daripada hadith-hadith yang dho’if.

Saya juga meneliti laman-laman web yang lain supaya saya dapat menghimpunkan dalil dari beberapa pihak dan ianya lebih meliputi banyak hakikat lalu saya membaca dari laman web ahlulbait dan web-web yang lain juga. Akhirnya saya merasa berpada dengan laman web “al-Muhtadun” (orang-orang yang mendapat petunjuk) kerana ia menghimpunkan banyak hakikat yang penting walaupun tidak dari semua sudut. Lalu setiap hari saya merasakan semakin bertambah keimanan serta kepastian bahawa saya dulu berada di dalam kesilapan maka saya berazam untuk terus merentasi kehidupan ini mengikut jalan yang diwarisi daripada Nabi s.a.w.. Maka dengan kurniaan dari Allah melalui laman-laman web yang baik ini saya semakin menemui petunjuk dan saya terus melalui jalan kebenaran ini semenjak dua bulan yang lalu. Segala pujian itu adalah milik Allah.

Seterusnya saya memohon kepada Allah supaya menetapkan saya di atas jalan kebenaran ini dan supaya Allah memberikan petunjuk kepada keluarga, orang-orang yang saya kasihi dan semua orang-orang mu’min. Amin. 20 Rabi’utthani 1429

Ihsaa’: nama satu tempat di Hijaz.Surah al-Ahzab ayat 33Artikel asal boleh di lihat di

http://www.wylsh.com/contnent/articles.php?ID=209

Komentar : Alhamdulilah segala puji bagi Allah yang telah memberi Hidayah kepada pemudi ini..Di harapkan Artikel ini dapat menyedarkan penganut syiah terutama di Malaysia bertapa ajaran yang mereka anuti telah menyimpang jauh dari pentunjuk Allah dan rasulnya..Bahkan telah tersasar jauh dari jalan yang dilalui Ahlubait..

SEBENAR-BENAR PERKATAAN ADALAH KITABULLAH DAN SEBAIK-BAIK PETUNJUK ADALAH MUHAMMAD SAW

kepada Syiah campaklah kalam-kalam ulama kamu kedinding,berpeganglah kepada tali yang tidak akan putus selamanya dan Islam akan kuat sekiranya kita berpaut pada tali tersebut ..Apakah tali itu? Allah berfirman :

Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.

Tali Allah adalah Al-quran dan pentunjuk nabinya.

Sedarlah wahai Syiah!!