Masalah masjid yang gagal disiapkan kerana kekurangan sumber kewangan hampir mustahil berlaku di malaysia ( sekiranya ada termasuk kes yg sangat terpencil).
Walaubagaimanapun adakah mereka yang menyumbang untuk terdirinya sebuah masjid mengetahui ganjaran yang akan mereka perolehi dengan sumbangan tersebut?
Insyaallah..dengan artikel yang singkat ini,saya akan membawa fadhilat tentang keutamaan membangun masjid.
Keutamaan membangun masjid.
"Sesunggunya kalian memperbanyakan (pengingkaran permbangunan masjid) padahal saya mendengar Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda,' Siapa yang membangun masjid -Bukhair berkata, 'Saya menduga bahawa ia berkata, 'Mengharapkan wajah Allah Subhanahu wa Ta'ala, niscaya Allah akan membangun masjid serupanya di syurga (Bukhari, muslim)
' Saya mendengar Rasullah Rasullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Barangsaiapa membangunkn masjid yang disebutkan padanya nama Allah Subhanahu wa Ta'ala, Niscaya Allah membangun satu rumah di surga untuknya
(Sahih, riwayat Ibnu Majah)
Kepentingan Niat
Berdasar 2 buah hadis Rasullah sebentar tadi,Kita akan dapati kalimat 'Mengharapkan wajah Allah ' dan 'Disebutkan padanya nama Allah '.
Kalimat-kalimat tersebut menunjukan barangsiapa yang membangunkn masjid hanya kerana Allah Subhanahu wa Ta'ala sahaja layak untuk mendapatkan ganjaran berupa masjid dan rumah disyurga.Rasullah bersabda:
"Segala amal bergantung pada niat dan bagi setiapa orang adalah apa yang diniatkan.
(Bukhari,Muslim)
"Sesungunhya Allah tidak memandang kepada wajah dan harta kalian, tetapi Dia memandang kepada hati dan perbuatan kalian. (Muslim)
Atas kefahaman hadis diatas,Kaum muslimin tidak kira kaya atau miskin hendaklah bersama-sama menyumbang mengikut kemampuan masing-masing bagi membangunkn masjid supaya di dalamnya dapat dikumandangkan kebesaran Allah dan hadis-hadis rasullah.
Pada zaman rasullah 2 golongan ini iatu golongan kaya dan miskin bersama membina masjid seperti diriwayatkan oleh Bukhari, Abu said berkata :
'Kami membawa satu batu bata satu bata,sedangkan ammar (membawa) dua bata dua bata. Lalu Rasullah shallallahu 'alaihi wasallam melihatnya dan membuangka debu dari ammar seraya berkata,'Kasihan Ammar,gologan yang zalim akan membunuhnya, ia mengajak mereka ke syurga sedangkan mereka mengajak ke neraka,berkata Ammar'Aku berlindung kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala dari segala fitnah'. (Bukhari)
Mudah-mudahan artikel ini dapat memberi ghairah kepada kita untuk sama-sama membantu untuk membangunkan masjid dan juga apa-apa sahaja perkara yang baik untuk ISLAM, semoga Allah memberi kekuatan kepada kita untuk melakukan perkara yang baik.Sekian,
--------------------------------------------------------------------------------------
Sumber hadis: Ali bin Muhammad al-maghribiy dalam kitab Fadhail A'mal
1 comment:
Dengan sukacitanya, saya ingin memaklumkan kepada tuan/puan yang inginkan keberkatan dalam hidup.
RAYUAN DERMA
TABUNG PEMBINAAN MASJID TOK GURU MANAL 3,
TANAH MERAH, KELANTAN.
"Tetuan Tabung Pembinaan Masjid Tok Guru"
(Bank Islam Malaysia Berhad Cawangan Tanah Merah, Kelantan,
No akaun : 03-054-01-002190-3 )
Derma Tuan/Puan AMAT DIALU-ALUKAN bagi memastikan kelancaran pembinaan masjid ini.
Terima kasih. Semoga allah memberkati mereka yang berjuang di jalannya
JUMLAH YANG INGIN DIKUMPULKAN : RM250,000.00 (FASA 1 DARI 5 )
SILA LAYARI : http://www.masjidtokguru.blogspot.com/
Email : asrol@kelatekito.com
Post a Comment