Tuesday, October 28, 2008

DOA BERKENDERAAN



وَٱلۡخَيۡلَ وَٱلۡبِغَالَ وَٱلۡحَمِيرَ لِتَرۡڪَبُوهَا وَزِينَةً۬‌ۚ وَيَخۡلُقُ مَا لَا تَعۡلَمُونَ


Dan (Allah menjadikan) kuda dan baghal serta keldai untuk kamu menunggangnya, dan untuk menjadi perhiasan dan Dia menjadikan apa yang kamu tidak mengetahuinya. [al-Nahl :8]

Benarlah firman ALLAH Subhanahu wa Ta'ala,

Cuba perhatikan kiri ,kanan,atas dan bawah, kita akan dapati pelbagai bentuk kenderaan yang wujud di zaman kita yang amat asing pada zaman Rasullah dan para sahabatnya. Atas kuasa siapakah yang menjadi kepelbagaian ini?


KATAKANLAH ALLAH!


Dia menjadikan apa yang kita tidak ketahui dan sesungguhnya DIA mengetahui segala sesuatu!

Rasullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah menunjukan teladan kepada kita dan mengajar kita doa yang harus dibaca bila berkenderaan :


Ali bin Robi’ah berkata, Aku menyaksikan Ali -radhiyallahu ‘anhu- ; didatangkan suatu kendaraan (kepadanya) agar ia mengendarainya. Tatkala ia menginjakkan kakinya pada kendaraan, ia berkata, “Bismillah“. Tatkala beliau berada di atas punggungnya, beliau berkata, “Alhamdulillah“. Kemudia beliau berdo’a,

سُبۡحَـٰنَ ٱلَّذِى سَخَّرَ لَنَا هَـٰذَا وَمَا ڪُنَّا لَهُ ۥ مُقۡرِنِينَ , وَإِنَّآ إِلَىٰ رَبِّنَا لَمُنقَلِبُونَ١

Kemudian beliau mengucapkan, “Alhamdulillah” sebanyak tiga kali ; lalu mengucapkan,”Allahuakbar” sebanyak tiga kali. Lalu berdo’a,

سُبْحَانَكَ إِنِّيْ ظَلَمْتُ نَفْسِيْ فاَغْفِرْ لِيْ فَإِنَّهُ لَايَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلَّا أَنْتَ

Lalu Ali bin Abi Tholib tertawa. Beliau ditanya, “Kenapa Anda tertawa?” Beliau menjawab, “Aku telah melihat Rasulullah -Shallallahu ‘alaihi wa sallam- pernah melakukan apa yang aku lakukan, lalu beliau tertawa…”. [HR. Abu Dawud (2602), At-Tirmidziy (3446), dan An-Nasa’iy dalam Al-Kubro (8799, 8800, & 10336). Hadits ini di-shohih-kan oleh Syaikh Al-Albaniy Al-Atsariy dalam Mukhtashor Asy-Syama’il Al-Muhammadiyyah (198)]

Selamat beramal dan selamat memandu di atas sunnah Rasullah dan para sahabatnya.!

2 comments:

Abu _Ishak said...

dahulukan quran..enta tertinggal....dlm Al-quranpun ad,hehehe ana nk berkongsi sj...

Surah 43. Az Zukhruf ayat:

13. Supaya kamu duduk di atas punggungnya kemudian kamu ingat nikmat Tuhanmu apabila kamu telah duduk di atasnya; dan supaya kamu mengucapkan: "Maha Suci Tuhan yang telah menundukkan semua ini bagi kami padahal kami sebelumnya tidak mampu menguasainya,

Subhanallazi sakkhorolana haza wama kunnan lahu mukrinin..

asyraf mujahid al-zarqawi said...

to Abu ishak

Hadis yang ana lampir dlm artikel tersebut merngkumi ayat Surah 43. Az Zukhruf dan sunnah rasullah selepas membaca ayat tersebut..

apa2 pun terima kasih kerena mengingatkan..