Thursday, September 3, 2009

Hukum bagi mereka yang menghina Ummahatul- Mukminin Aisyah

Mari kita meneliti kisah seorang pemimpin Islam yang berketurunan Saidina Ali atau di sebut dengan Alawiyah yang mempertahankan maruah kekasih hati Rasullah dan ibu kaum muslim iatu Aisyah r.h.

Utbah b Abd Allah al-Hamdani mengisahkan:

satu hari aku bersama al-hasan bin Zaid pemerintah tabaristan. Beliau ketika itu hanya memakai kain suf (bulu kambing kasar) dan mengingatkan kepada rakyat agar melakukan kebaikan dan menjauhi kemungkaran. Beliau juga sering menghadiahkan hampir setiap tahun 20 ribu dirham ke Madinah untuk diagihkan kepada anak-anak para sahabat yang masih lagi hidup ketika itu.ran

(pada satu ketika) berhampiranya terdapat seorang lelaki yang memaki hamun Aisyah dengan kata-kata kesat. Beliau lantas mengarahkan dengan tegas mereka disampingya, seraya berkata:
"Wahai pengawal, pancung lehernya!" Mereka(teragak-agak) menjawab: "bahkan beliau ini adalah penyokong setia kerajaan Alawiyah dan dari kalagan kita!" Al-Hasan berkeras "Semoga Allah lindungkan(kita dari gologan ini) dan lelaki ini telah mencela nabi shallahu 'alaihi wasallam, sedangkan Allah telah berfirman:

ٱلۡخَبِيثَـٰتُ لِلۡخَبِيثِينَ وَٱلۡخَبِيثُونَ لِلۡخَبِيثَـٰتِ‌ۖ وَٱلطَّيِّبَـٰتُ لِلطَّيِّبِينَ وَٱلطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَـٰتِ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ مُبَرَّءُونَ مِمَّا يَقُولُونَ‌ۖ لَهُم مَّغۡفِرَةٌ۬ وَرِزۡقٌ۬ ڪَرِيمٌ۬
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.(surah An-nur:26)

Maka sekiranya Aisyah seorang wanita yang jahat,jadi Nabi shallahu 'alaihi wasallam juga adalah lelaki yang jahat. Kesimpulanya lelaki ini telah kufur(kerana menghina) maka pancunglah dia!" lelaki tersebut pun dipancung lehernya dan aku(utbah) hadir menyaksikan peristiwa tersebut.

(Diriwayatkan oleh al-lalikai'ie-syarah I'tiqad Ahl al-sunnah wa al-jama'ah jld 2.hlm 232)

Semoga Allah melaknat golongan Syiah rafidhah yang mencaci maki Ibu Kaum muslimin Aisyah!



9 comments:

Ana alFaqir Ila 'Afwi Robbih said...

Assalamualaikum,

Terima kasih kerana memautkan web/blog anda kepada www.darulkautsar.com.. Disebabkan serangan siber baru-baru ni web tersebut telah dihapuskan..dan untuk menggantikan web tersebut kami membangun semula web dengan nama www.darulkautsar.net.. Kami masih mengekalkan konsep dan kandungan web asal.

Kami amat-amat menghargai sokongan anda dan amat berharap sekiranya anda dapat membuat pautan semula ke www.darulkautsar.net. Juga kami amat berterimakasih sekiranya anda dapat mewar-warkan kewujudan web kami kepada kenalan-kenalan.

Semoga usaha kita diberkati Allah dan bermanafaat untuk kehidupan kita di dunia dan akhirat.


Wassalam.

Pasukan Pengendali www.darulkautsar.net

NEHO said...

syukran ustaz,,,tambah maklumat ana tentang syiah yahudi ni...ana jumpa blog ust abu anas yang jugak menerangkan bahaya syiah ini dalam blog beliau; http://yeopmadiny.blogspot.com/2010/01/sesungguhnya-syiah-adalah-bahaya-akidah.html

unggaspagi said...

assalamualaikum

Anda mengatakan: "Semoga Allah melaknat golongan Syiah rafidhah yang mencaci maki Ibu Kaum muslimin Aisyah"

Individu yang mencerca Ummulmukminin Aisyah tidak boleh dimasukkan dalam golongan Syiah kerana Allah melarang perbuatan itu. Nampaknya anda melepaskan dendam dan benci yang bersemanyam dalam hati anda terhadap seluruh Syiah. Mengapa golongan seperti anda akan berdiam diri terhadap Muawiyah? bukankah beliau mengeluarkan arahan melaknat Ali bin Abi Talib di atas minbar? Mengapa golongan seperti anda tidak tersinggung emosinya dalam perkara ini? bukankan Ali bin Abi Talib seorang sahabat nabi? buktikan ketulusan anda....

abu muawiyah said...

wahai unggaspagi:

sila nyatakan sumber cerita mengenai laknat muawiyah terhadap saidina ali kwh..

unggaspagi said...

أمر معاوية بن أبي سفيان سعدا فقال ما منعك أن تسب أبا التراب ؟ فقال أما ذكرت ثلاثا قالهن له رسول الله صلى الله عليه و سلم فلن أسبه
صحيح مسلم، باب من فضائل علي بن أبي طالب رضي الله عنه، ج 4 ص 1870

"Muawiyah telah memberi arahan kepada Sa'ad, maka Muawiyah bertanya: Apakah yang menghalang engkau mencerca Aba Turab (Ali bin Abi Talib)? - Sahih Muslim, Bab kelebihan Ali bin Abi Talib R.A. jil 4 hal 1870

saya tidak tahu adakah Abu Muawiyah ingin menolak hadis ini atau tidak, yang pasti hadis ini juga diriwayatkan juga dalam kitab al-Bidayah wal Nihayah hal 352. dan terlalu banyak riwayat seumpama ini dalam kitab Ahlusunnah. Ibnu Taimiyah juga menyatakan ramai warga Syam mencerca Ali dan membencinya dalam kitab Majmu al-Fatawa:

كثير من أهل الشام ممن كان إذ ذاك يسب عليا رضي الله عنه ويبغضه

Anonymous said...

ya..
atas sumber dan dasar apa unggas pagi kata begitu..sila sertakan bukti-bukti. ORANG ISLAM ditegah oleh Nabi Muhammad S.A.W berbicara DUSTA.. jika dia betul mahu mnjadi muslim sebenar

Anonymous said...

wahai tuan pnya blog..Semuga Allah SWT menghina enta selagi enta tidak bertaubat kpd Nya...hujjah telah sampai kpd antum ttp hati yg penuh dgn hasad dan taqlid buta tidak blh menilainya...sbb tu mulut enta mudah mengatakan Rasulullah SAW meyampaikan hadith secara KEBETULAN !!! enta manusia keji !!!!

Wahabi @ salah fikir,kalu kalah berhujjah banned acc psl nak kekalkan sifat fasik dlm diri...beritau mod fikrah,kusyibel cakap

Anonymous said...

Rujuk tafsir qurtubi makna lelaki terbaik adalah imam Ali prempuan pula adalah Fatimah az zahrah, bukan untuk semua org beb.....!! abis tu lihat keliling kamu ada berlaku laki baik bini x baik dan sebaliknya pula.., jadi sebab itu had ayat ini hanya untuk 2 manusia suci ini sahaja..

asyraf mujahid al-zarqawi said...

elok sekiranya saudara membawa kalam imam qurtubi sendiri samada dalam BM @ arab untuk diperiksa kesahihannya..