Friday, April 10, 2009

Pendustaan Syiah terhadap Hadis Ahlisunnah

Syiah dan pendustaan tidak dapat dipisahkan kerana ia sangat berkait rapat dengan Fahaman Syiah yang utama iatu "TAQIYYAH".Dengan Taqiyyah inilah Syiah bergerak dan menyebarkan dakwah sesat mereka kepada masyarakat ISLAM dan sifat nifaq ini juga dikongsi Syiah melayu yang rata-rata sangat jahil terhadap ajaran islam itu sendiri .

Imam Alusi mengemuka satu rangkap Syair yang berbunyi :

"sesungguhnya golongan Rafidhah(syiah) adalah satu golongan yang malang Mereka adalah manusia yang paling jahil dan pendusta"

Imam Nasirussunnah Imam syafie berkata:

"Tidak pernah aku melihat gologan yang menurut hawa nafsu,yan lebih pembohong dari gologan Rafidhah
(al-kifayah,hal. 49 as-Suyuti, Tadrib ar-rawi, jil 1)

Pada Artikel kali saya ingin mendedahkan sikap khianat Syiah apabila membawa hadis Ahlisusnnah..

sebagai contoh hadis yang diambil dari website syiah http://www.arridha.com


Siapa yang ingin hidup seperti hidupku dan wafat seperti wafatku serta masuk ke surga yang telah dijanjikan kepadaku oleh Tuhanku yaitu Jannatul Khuld, maka hendaklah ia berwilayah (berpemimpin) kepada Ali dan keturunan sesudahnya, karena sesungguhnya mereka tidak akan mengeluarkan kamu dari pintu petunjuk dan tidak akan memasukkan kamu ke pintu kesesatan.
(Shahih Bukhari, jilid 5, hal. 65, cet. Darul Fikr)

[Lihat :http://www.arridha.com/hauzah/index.php?view=article&catid=48%3Ahadis&id=75%3Ahadits-rasulullah-saaw&tmpl=component&print=1&page=&option=com_content&Itemid=274]


Untuk pengetahuan para pembaca semua,hadis seperti ini tidak terdapat dalam kitab sahih Bukhari seperti mana yang dinyatakan oleh website tersebut.Syiah cuba menyandar hadis ini kepada Bukhari dalam rangka membohongi Umat islam kerana Syiah mengetahui Nilai Hadis yang diriwayat oleh Bukhari adalah Sahih tanpa perlu diperiksa sanadnya.Semoga Allah mendedahkan pembohongan mereka..

Adapun Hadis yang hampir sama dengan makna hadis tersebut ia bertaraf Maudu'/ palsu tetapi tidak ada penambahan
dan keturunan sesudahnya

حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ أَحْمَدَ ، ثَنَا عَلِيُّ بْنُ سَعِيدٍ الرَّازِيُّ ، ثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ عِيسَى التَّنُوخِيُّ ، ثَنَا يَحْيَى بْنُ يَعْلَى الأَسْلَمِيُّ ، ثَنَا عَمَّارُ بْنُ رُزَيْقٍ ، عَنْ أَبِي إِسْحَاقَ ، عَنْ زِيَادِ بْنِ مُطَرِّفٍ ، عَنْ زَيْدِ بْنِ أَرْقَمَ ، وَرُبَّمَا لَمْ يَذْكُرْ زَيْدَ بْنَ أَرْقَمَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ : " مَنْ أَحَبَّ أَنْ يَحْيَا حَيَاتِي وَيَمُوتَ مَوْتِي وَيَسْكُنَ جَنَّةَ الْخُلْدِ الَّتِي وَعَدَنِي رَبِّي وَإِنَّ رَبِّي . غَرَسَ قَصَبَاتِهَا بِيَدِهِ ، فَلْيَتَوَلَّ عَلِيَّ بْنَ أَبِي طَالِبٍ ، فَإِنَّهُ لَنْ يُخْرِجُكُمْ مِنْ هُدًى وَلَنْ يُدْخِلَكُمْ فِي ضَلالَةٍ " (إسناد ضعيف فيه يحيى بن يعلى الأسلمي وهو ضعيف الحديث)

[Fadha'ili l-Khulafa'i r-Rasyidin/ 89]

Kesimpulan

Ustaz Hasrizal dalam artikelnya Pendustaan Syiah di Dalam Sejarah Islam telah menukilkan penyataan Ibnu abi al- Haddad pensyarah Kitab nahjul balaghah :

Sesungguhnya golongan syiah telah mencipta banyak hadith dan riwayat palsu yang bertepatan dengan kehendak hawa nafsu mereka sebagaimana mereka mencipta hadith palsu di dalam bab kelebihan Ali dan Alul Bayt. Mereka juga mencipta banyak nas palsu untuk mencela pada sahabat RA khususnya Abu Bakar RA dan Umar Al-Khattab RA.
(lihat contohnya di dalam Syarh Nahjil Balaghah oleh Ibnu Abi Al-Haddad, juzuk 2 ms.135)

Semoga artikel ini dapat menyedarkan umat Islam terhadap penipuan Syiah terhadap kitab-kitab Ahlisunnah.

No comments: