Thursday, March 12, 2009

Pembunuhan 2 Ulama Ahlusunnah


Muhammad Asrie bin Sobri

Pada 4 Mac 2009, laman sesawang al-Difa’ ‘an al-Sunnah melaporkan bahawa pihak kerajaan Rafidah Iran telah menjalankan hukuman mati ke atas dua orang tokoh sunni Iran iaitu Syeikh Maulawi Zaradkuhi dan Syeikh Salahuddin Bahram Zahi.

Dua tokoh sunni itu berasal daripada Nasir Abad dalam kawasan Zahidan (Belusishtan) dan hukuman mati ke atas mereka dijalankan pada pagi Selasa, 3 Mac 2009 dengan tuduhan berkomplot menentang akidah Syiah Rafidah yang menjadi pegangan rasmi kerajaan Rafidah Iran.

Hukuman mereka dijalankan di penjara kawasan Zahidan dengan persetujuan dan sokongan kerajaan Iran yang kufur itu.

Demikianlah bertambah dua lagi korban kekejaman Syiah Rafidah dan ini menunjukkan bahawa Syiah Rafidah tidak pernah lekang dengan akidah mereka bahawa selain daripada Rafidah adalah kufur dan najis serta membunuh Ahli Sunnah wal Jamaah merupakan satu tugas mulia di sisi mereka.

Jelas bahawa akidah mereka ini diambil daripada akidah Yahudi yang menyembelih saudara-saudara se-Islam kita di Palestin terutama sekarang ini di Gaza.

Oleh itu, saya menyeru kepada semua pemimpin-pemimpin Sunni dan pergerakan yang mendakwa diri mereka bernasab kepada dakwah Sunnah dan Salaf seperti al-Ikhwan al-Muslimun supaya merenung kembali dasar berbaik-baik dengan Syiah Rafidah yang mereka amalkan selama ini.

Saya juga menyokong penuh usaha pihak Kerajaan Maghribi yang mengambil tindakan berani dan kepahlawanan memutuskan hubungan diplomatik dengan kerajaan Iran yang berusaha menyebarkan fahaman kufur Syiah Rafidah di Maghribi.

Kerajaan Maghrib dalam berita yang disiarkan semalam (7 Mac 2009) mengumumkan memutusakn hubungan diplomatik antara negaranya dengan Iran kerana kerajaan Iran melalui kedutaannya berusaha menyebarkan ajaran Syiah Rafidah di Maghribi.

Langkah ini pada pandangan saya patut diambil oleh semua negara Islam dan Iran perlu dikeluarkan daripada OIC sesuai dengan fatwa para Ulama Islam semenjak dahulu yang memutuskan bahawa Syiah Rafidah adalah kafir bukan Islam.

Semoga Allah s.w.t memberikan ketetapan Iman kepada para pemimpin Umat Islam sekaliannya dalam menegakkan Syariat Islam dan memberi Hidayah dan Tasdid kepada mereka untuk merujuk semula kepada Manhaj al-Salaf al-Soleh yang menjadi penjamin kesejahteraan kita di dunia dan akhirat.Amin.

Rujukan:

www.dd-sunnah.net/news...ew/id/794/

www.google.com/hostedn...AD96OQ4DG0

www.utusan.com.my/utus...m&arc=hive


Komentar :Berkata Hussain bin as-Syaikh Muhammad Ali Ushfuur Ad-Daraazi Al-Bahrani As-syi'i dlam kitabnya
Al-Muhaasin An-Nafsaaniyah fi Ajwibah Al-Masa'il Al- Khurasaniyah hlm.147 cet.Beirut:
"..Bahkan imam-imam kaum Syiah menyebutkan bahawa An-nasib(orang yang sangat memusuhi Syiah) adalah yang mereka kenal degan sebutan Sunni, dan tidak ada satu pun pendapat yang menunjuk bahawa lafal An-nasib dimaksudkan sebagai orang yang melaksanakan sunnah.

Ahlisunnah adalah nasibi dan halal dibunuh;

Syaikh Yusuf Al-Bahrani mengatakan dalam bukunya Al-Hada'iq An-nadhirah Fi Ahkam Al-itrah at-thahirah,12/323,324,yang berbunyi :
"Sesungguhnya keharusan terhadap seorang muslim secara umum adalah tidak boleh mengambil hartanya dari segi hukum islam.berbeda dengan komentar yang diberikan oleh ulama baik salaf dan khalaf bahawa An-nasib(ahli sunnah) hukumnya adalah kafir,najis dan hartanya boleh diambil,bahkan darahnya halal untuk dibunuh."

SYIAH ADALAH MUSUH ISLAM!!

No comments: