Friday, February 20, 2009

TAQIYYAH senjata SYIAH


Taqiyyah adalah merupakan satu elemen yang tidak dapat dipisahkan dari Syi’ah. Taqiyyah adalah merupakan perisai yang sangat kebal dan senjata paling ampuh bagi syiah. Tanpa taqiyyah sudah pasti ajaran syiah sudah terkubur dan jauh sekali akan dapat menegakkan sebuah Negara. Pengamalan taqiyyah di kalangan syiah meliputi keseluruhan penganutnya bermula dari orang kebanyakan sehingga ulama bahkan pemimpin Negara mereka. Meninggalkan taqiyyah di sisi mereka adalah sama seperti meninggalkan sembahyang.

Apa itu taqiyyah?

Taqiyyah berdasarkan kitab-kitab syiah:

قال أبوعبدالله عليه السلام: يا معلى اكتم أمرنا ولاتذعه، فإنه من كتم أمرنا ولم يذعه أعزه الله به في الدنيا وجعله نورا بين عينيه في الآخرة، يقوده إلى الجنة، يا معلى من أذاع أمرنا ولم يكتمه أذله الله به في الدنيا ونزع النور من بين عينيه في الآخرة وجعله ظلمة تقوده إلى النار، يا معلى إن التقية من ديني ودين آبائي ولادين لمن لاتقية له 

Abu Abdillah a.s. berkata: "Wahai Mu'alla! Sembunyikan urusan (agama) kami dan jangan nyatakannya, kerana sesungguhnya orang yang menyembunyikan agama kami dan tidak menyatakannya akan dimuliakan oleh Allah di dunia dan Allah akan menjadikannya sebagai cahaya di antara dua matanya di akhirat yang akan membawanya ke syurga. Wahai Mu'alla! Orang yang menyatakan agama kami dan tidak menyembunyikannya akan di hina oleh Allah di dunia dan Allah akan membuang cahaya di antara dua matanya di akhirat dan akan menjadikannya kegelapan yang mengheretnya ke neraka. Wahai Mu'alla! Sesungguhnya taqiyyah adalah agamaku dan agama datuk nenekku dan tidak ada agama bagi orang yang tidak bertaqiyyah".(Usul al-Kafi jilid 2 hal 225)


عن سليمان ابن خالد قال: قال أبوعبدالله عليه السلام: يا سليمان إنكم على دين من كتمه أعزه الله ومن أذاعه أذله الله


Daripada Sulaiman bin Khalid katanya, Abu Abdillah a.s. berkata, “Wahai Sulaiman, sesungguhnya kamu berada di atas satu agama yang sesiapa yang menyembunyikannya akan dimuliakan oleh Allah dan sesiapa yang menyatakannya akan dihina oleh Allah”.(Usul Kafi jilid 2 hal 223)


Bahkan sesama mereka juga mereka akan saling melakukan taqiyyah sebagaimana yang diajarkan oleh tokoh-tokoh mereka (mengikut pandangan mereka bukan pandangan ASWJ). Hakikat ini didedahkan di dalam kitab rijal yang paling penting di sisi mereka yang berbunyi,


عن أبي بصير، قال سمعت أبا عبدالله عليه السلام يقول: قال رسول الله صلى الله عليه وآله: ياسلمان لو عرض علمك على مقداد لكفر، يا مقداد لو عرض علمك على سلمان لكفر. 

Daripada Abu Basir katanya, aku mendengar Abu Abdillah a.s. berkata, Rasulullah s.a.w. berkata, “Wahai Salman, kalaulah dikemukakan ilmumu kepada Miqdad pasti Miqdad akan menjadi kufur, Wahai Miqdad! Kalaulah dikemukakan ilmumu kepada Salman pasti Salman akan menjadi kufur”. (Rijal Kasyyi j.1 hal. 48)

Dalam bahasa yang mudah taqiyyah bermakna berbohong, dusta, temberang dan semakna dengannya.

Orang yang melakukan amalan taqiyyah pada hakikatnya adalah orang yang bacul, penakut, pengecut dan sebagainya serta gelaran yang layak untuknya adalah lidah bercabang, talam dua muka, musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan dan sebagainya.

Sifat tersebut meliputi keseluruhan penganut syiah samaada dia adalah rakyat biasa, ketua masyarakat, ulamak bahkan ketua Negara sekalipun. Kesemuanya mengaku sebagai syiah tapi andaikata ditanya tentang akidah mereka yang sebenarnya, mereka akan bertaqiyyah. Inilah sifat pengecut yang terdapat di dalam jiwa-jiwa mereka.

Mana-mana penganut syiah yang asalnya ASWJ semuanya menjadi syiah dengan cara ditaqiyyahkan. Mana-mana penganut syiah sebelum mereka menjadi syiah mereka diberitahu pada peringkat awal oleh pendakwah syiah secara taqiyyah antaranya “syiah tidak mengkafirkan sahabat, al-quran yang ada ini adalah al-quran yang benar-benar diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w., bahkan dikemukakan juga kepada mereka bahawa syiah tidak mengamalkan taqiyyah”.

Apakah mereka setelah benar-benar menjadi syiah lalu menerima segala ajaran-ajaran tersebut tidak merasai bahawa mereka dulu sebelum menjadi syiah sepenuhnya telah ditemberangkan serta diperbodohkan?? Lantas mereka mahu memperbodohkan orang lain pula?? Apakah bahasa yang paling sesuai untuk mereka ini? Apakah sesuai dengan kata-kata “sudahlah bodoh nak memperbodohkan orang lain pula”.

Kedudukan taqiyyah berdasarkan kitab-kitab syiah.

Ibnu Babawaih mengatakan:“Keyakinan kami tentang taqiyyah itu adalah dia itu wajib. Barangsiapa meninggalkannya maka sama dengan meninggalkan sembahyang”. [Al-I’tiqadat,hal.114].


Mereka menisbatkan kepada imam keenam Ja’far Ash-Shadiq, dia berkata, “Seandainya saya mengatakan bahawa meninggalkan taqiyyah sama dengan meninggalkan sembahyang tentu saya benar.” [Al-I’tiqadadat, hal.114]

عن أبي عبدالله عليه السلام قال: اتقوا على دينكم فاحجبوه بالتقية، فإنه لا إيمان لمن لا تقية له، إنما أنتم في الناس كالنحل في الطير لو أن الطير تعلم ما في أجواف النحل ما بقي منها شئ إلا أكلته ولو أن الناس علموا ما في أجوافكم أنكم تحبونا أهل البيت لاكلو كم بألسنتهم ولنحلوكم في السر والعلانية، رحم الله عبدا منكم كان على ولايتنا. 

Muhammad Al-Kulaini berkata: “Bertaqwalah kalian kepada Allah 'Azza wa Jalla dalam agama kalian dan lindungilah agama kalian dengan taqiyah, maka sesungguhnya tidaklah mempunyai keimanan orang yang tidak bertaqiyah. Dia juga mengatakan “Siapa yang menyebarkan rahasia berarti ia ragu dan siapa yang mengatakan kepada selain keluarganya berarti kafir.” .”[Al-Kafi2/371,372 & 218].

Wahai penganut syiah! Kalau nak jadi syiah, jadilah syiah di kalangan keluarga anda sahaja jangan beritahu orang lain pegangan kamu tersebut. Kalau tidak bermakna anda pada hakikatnya adalah seorang kafir.

Dan kepada penyebar-penyebar ajaran syiah serta tenaga pengajar syiah, “Kalau nak mengajar jangan mengajar ajaran syiah kerana tidak boleh mendedahkan kepada orang lain tapi mengajarlah ajaran ASWJ”.

Di antara contoh pengamalan taqiyyah di kalangan imam-imam mereka (berdasarkan riwayat mereka) adalah sebagaimana yang disebutkan oleh al-Kulaini di dalam kitabnya al-kafi sebagaimana berikut,


دَخَلْتُ عَلَى أَبِي عَبْدِ اللهِ (عَلَيْهِ السَّلام) وَعِنْدَهُ أَبُو حَنِيفَةَ فَقُلْتُ لَهُ جُعِلْتُ فِدَاكَ رَأَيْتُ رُؤْيَا عَجِيبَةً فَقَالَ لِي يَا ابْنَ مُسْلِمٍ هَاتِهَا فَإِنَّ الْعَالِمَ بِهَا جَالِسٌ وَأَوْمَأَ بِيَدِهِ إِلَى أَبِي حَنِيفَةَ قَالَ فَقُلْتُ رَأَيْتُ كَأَنِّي دَخَلْتُ دَارِي وَإِذَا أَهْلِي قَدْ خَرَجَتْ عَلَيَّ فَكَسَّرَتْ جَوْزاً كَثِيراً وَنَثَرَتْهُ عَلَيَّ فَتَعَجَّبْتُ مِنْ هَذِهِ الرُّؤْيَا فَقَالَ أَبُو حَنِيفَةَ أَنْتَ رَجُلٌ تُخَاصِمُ وَتُجَادِلُ لِئَاماً فِي مَوَارِيثِ أَهْلِكَ فَبَعْدَ نَصَبٍ شَدِيدٍ تَنَالُ حَاجَتَكَ مِنْهَا إِنْ شَاءَ اللهُ فَقَالَ أَبُو عَبْدِ اللهِ (عَلَيْهِ السَّلام) أَصَبْتَ وَاللهِ يَا أَبَا حَنِيفَةَ قَالَ ثُمَّ خَرَجَ أَبُو حَنِيفَةَ مِنْ عِنْدِهِ فَقُلْتُ جُعِلْتُ فِدَاكَ إِنِّي كَرِهْتُ تَعْبِيرَ هَذَا النَّاصِبِ فَقَالَ يَا ابْنَ مُسْلِمٍ لا يَسُؤْكَ اللهُ فَمَا يُوَاطِي تَعْبِيرُهُمْ تَعْبِيرَنَا وَلا تَعْبِيرُنَا تَعْبِيرَهُمْ وَلَيْسَ التَّعْبِيرُ كَمَا عَبَّرَهُ قَالَ فَقُلْتُ لَهُ جُعِلْتُ فِدَاكَ فَقَوْلُكَ أَصَبْتَ وَتَحْلِفُ عَلَيْهِ وَهُوَ مُخْطِئٌ قَالَ نَعَمْ حَلَفْتُ عَلَيْهِ أَنَّهُ أَصَابَ الْخَطَأَ قَالَ فَقُلْتُ لَهُ فَمَا تَأْوِيلُهَا قَالَ يَا ابْنَ مُسْلِمٍ إِنَّكَ تَتَمَتَّعُ بِامْرَأَةٍ فَتَعْلَمُ بِهَا أَهْلُكَ فَتُمَزِّقُ عَلَيْكَ ثِيَاباً جُدُداً فَإِنَّ الْقِشْرَ كِسْوَةُ اللُّبِّ قَالَ ابْنُ مُسْلِمٍ فَوَ اللهِ مَا كَانَ بَيْنَ تَعْبِيرِهِ وَتَصْحِيحِ الرُّؤْيَا إِلا صَبِيحَةُ الْجُمُعَةِ فَلَمَّا كَانَ غَدَاةُ الْجُمُعَةِ أَنَا جَالِسٌ بِالْبَابِ إِذْ مَرَّتْ بِي جَارِيَةٌ فَأَعْجَبَتْنِي فَأَمَرْتُ غُلامِي فَرَدَّهَا ثُمَّ أَدْخَلَهَا دَارِي فَتَمَتَّعْتُ بِهَا فَأَحَسَّتْ بِي وَبِهَا أَهْلِي فَدَخَلَتْ عَلَيْنَا الْبَيْتَ فَبَادَرَتِ الْجَارِيَةُ نَحْوَ الْبَابِ وَبَقِيتُ أَنَا فَمَزَّقَتْ عَلَيَّ ثِيَاباً جُدُداً كُنْتُ أَلْبَسُهَا فِي الأعْيَادِ وَجَاءَ مُوسَى الزَّوَّارُ الْعَطَّارُ إِلَى أَبِي عَبْدِ اللهِ (عَلَيْهِ السَّلام) فَقَالَ لَهُ يَا ابْنَ رَسُولِ اللهِ رَأَيْتُ رُؤْيَا هَالَتْنِي رَأَيْتُ صِهْراً لِي مَيِّتاً وَقَدْ عَانَقَنِي وَقَدْ خِفْتُ أَنْ يَكُونَ الأجَلُ قَدِ اقْتَرَبَ فَقَالَ يَا مُوسَى تَوَقَّعِ الْمَوْتَ صَبَاحاً وَمَسَاءً فَإِنَّهُ مُلاقِينَا وَمُعَانَقَةُ الأمْوَاتِ لِلأحْيَاءِ أَطْوَلُ لأعْمَارِهِمْ فَمَا كَانَ اسْمُ صِهْرِكَ قَالَ حُسَيْنٌ فَقَالَ أَمَا إِنَّ رُؤْيَاكَ تَدُلُّ عَلَى بَقَائِكَ وَزِيَارَتِكَ أَبَا عَبْدِ اللهِ (عَلَيْهِ السَّلام) فَإِنَّ كُلَّ مَنْ عَانَقَ سَمِيَّ الْحُسَيْنِ يَزُورُهُ إِنْ شَاءَ اللهُ.


Muhamad bin Muslim berkata: “Aku masuk untuk menemui Abi Abdillah (Jaafar as-Sadiq a.s.). Pada ketika itu disisinya ada Abu Hanifah, lalu aku berkata kepadanya: “Semoga diriku dijadikan tebusan untukmu. Aku telah bermimpi suatu mimpi yang aneh.” Maka beliau pun berkata kepadaku: “Wahai Ibnu Muslim, kemukakanlah mimpimu itu. Sekarang ada orang yang arif tentangnya di sini.” Sambil dia mengisyaratkan dengan tangan ke arah Abu Hanifah. Aku pun menceritakan: “Aku bermimpi aku masuk ke dalam rumahku. Tiba-tiba keluar isteriku dengan membawa banyak buah badam dan dihamburkannya buah badam itu kepadaku. Aku berasa sungguh hairan dengan mimpiku ini.”

Maka Abu Hanifah pun menta’birkan mimpiku dengan berkata: “Engkau akan bertengkar dan berhadapan dengan orang-orang yang bangsat berhubung dengan harta pusaka isterimu, tetapi selepas engkau mengalami susah payah engkau akan mendapat juga hajatmu dari harta pusaka itu, InsyaAllah.” Mendengar ta’bir itu Abu Abdillah (Jaafar as-Sadiq) pun berkata: “Demi Allah! Tepat ta’birmu itu, wahai Abu Hanifah!” Berkata Muhamad bin Muslim: “Tak lama kemudian Abu Hanifah pun keluar dari sisinya (Jaafar as-Sadiq), lalu aku berkata kepadanya: “Semoga diriku dijadikan tebusan untukmu. Aku tak suka kepada ta’bir nasib ini.” Lalu ia berkata: “Wahai Ibnu Muslim! Semoga Allah tidak memburukkan padahmu! Ta’bir mereka tidak akan menepati ta’bir kita dan ta’bir kita pula tidak akan menepati ta’bir mereka, ta’bir mimpiku yang sebenar bukanlah seperti yang diceritakannya.”

Muhammad bin Muslim berkata: “Aku pun berkata kepadanya (Jaafar as-Sadiq): “Semoga diriku dijadikan tebusan untukmu. Bagaimana dengan katamu tadi, “Tepat ta’birmu” dan engkau besumpah pula atas ta’birnya padahal dia salah?” Beliau berkata: “Memang benar aku bersumpah tadi dan mengatakan ia tepat, tetapi tepat salah.” (al-Kafi, jilid 8 Hal. 292).


" أن العلة في ذلك أن الله تعالى فرض على الناس خمس صلوات فجعلمن كل صلاة فريضة للميت تكبيرة " ومن صلى على المرأة وقف عند صدرها، وليس في الصلاة على الميت تسليم إلا في حال التقية.

Dan diriwayatkan bahawa sebab di dalam perkara tersebut (takbir untuk sembahyang mayat) bahawa Allah taala telah memfardhukan kepada manusia lima sembahyang lalu dia menjadikan setiap daripada sembahyang sebagai kefardhuan takbir untuk mayat. Dan sesiapa yang menyembahyangkan seorang perempuan dia berdiri dekat dadanya, tiada salam di dalam sembahyang mayat kecuali dalam keadaan taqiyyah.(man la yahdhurul faqih j.1 hal 165)


عن ابن أبي يعفور قال: قال أبوعبدالله عليه السلام: من أذاع علينا حديثنا سلبه الله الايمان. 
يونس بن يعقوب، عن بعض أصحابه، عن أبي عبدالله عليه السلام قال: ما قتلنا من أذاع حديثنا قتل خطاء ولكن قتلنا قتل عمد.

Daripada Yunus bin Yaa’kub daripada sebahagian sahabat-sahabatnya dari Abi Abdillah a.s. katanya, “Orang yang menyatakan hadis kami tidak membunuh kami secara tersilap tetapi dia telah membunuh kami secara sengaja”. (Usul kafi j2 ms371)

Entah sudah berapa ramai penganut syiah yang telah membunuh dengan sengaja imam-imam mereka!!

Pelik sekali satu agama yang mendakwa agama yang datangnya dari langit melalui Nabi s.a.w. mengajarkan suatu ajaran yang budak kecil pun merasa jelik untuk melakukannya. Amalan yang langsung tidak bersesuaian dengan fitrah manusia. Tidak ada suatu agamapun yang mengajarkan pengikutnya supaya berbohong dan bersifat pengecut seperti yang diajarkan oleh syiah ini. Malu rasanya nak mengakui agama yang bergelar Islam ini dan datangnya dari Allah taala dengan disokong kitab suci dari langit tiba-tiba mengajarkan satu ajaran yang begitu keji ini. Penganut mana-mana agamapun akan mengajarkan orang bawahannya terutamanya ibubapa kepada anaknya dari kecil lagi supaya jangan berbohong, tiba-tiba sebuah agama mengajarkan amalan ini!!! Sungguh-sungguh memalukan dan memualkan.

No comments: