Monday, February 2, 2009

MENJAWAB KOMEN-KOMEN SYIAH TERHADAP ARTIKEL MUHARRAM AHLISUNNAH vs SYIAH: Bhgn 2

Lihat bahagian yang pertama :http://asyrafaziz.blogspot.com/2009/02/menjawab-komen-komen-syiah-terhadap.html

Komen Jernih

Jernih: Namanya sahaja pun sudah mazhab cinta. Suatu mazhab yang bertunjangkan kepada kecintaan kepada ahlul bayt yang diperintahkan kewajipan cinta kepada mereka melalui perintah Allah dan lisannya Nabi saw. Bila sudah dikatakan cinta, orang yang bukannya pecinta mereka pasti tidak mengerti untuk apakah mereka perbuat seperti itu?. Bila disebut cinta, dimensi cinta sudah sangat lari dari dimensi logik dan aqal fikiran.

Contoh;
Di manakah logiknya perbuatan Nabi Ibrahim as. meninggalkan bayinya Ismail dan Siti Hajar di lembah tandus Mekah bersendirian?

Di manakah logiknya Ibrahim menyembelih anaknya sendiri di hari 10 Zulhijjah?Jawapannya ialah Ibrahim as cinta kepada Allah dan bersedia berkorban apa sahaja demi menyahut segala perintah Allah hatta sampai ke tahap menyembelih anaknya sendiri.

Baru melihat sekadar titisan darah tertumpah dek kerana cintakan Imam Hussein yang tidak pun membahayakan para pelakunya sudah dianggap sesat, bagaimana kamu boleh menilai pengorbanan para pencinta yang lebih dari itu?.

Kami menganggap Imam Hussein mengorbankan harta, anak-anaknya, saudara2nya, sahabat2 dan apa sahaja sekalipun demi untuk cintakan Allah di hari Asyura 61 Hijrah. Kalau setakat beberapa titisan darah seperti itu, tidak punya erti yang besar jika dibandingkan dengan korbannya Hussein di Karbala.


Menjawab Jernih

Jernih : Namanya sahaja pun sudah mazhab cinta. Suatu mazhab yang bertunjangkan kepada kecintaan kepada ahlul bayt yang diperintahkan kewajipan cinta kepada mereka melalui perintah Allah dan lisannya Nabi saw. Bila sudah dikatakan cinta, orang yang bukannya pecinta mereka pasti tidak mengerti untuk apakah mereka perbuat seperti itu?. Bila disebut cinta, dimensi cinta sudah sangat lari dari dimensi logik dan aqal fikiran.

Komentar : Pertama sekali adalah keliru mengatakan Syiah adalah satu mazhab seperti mana mazhab Hanafi, Maliki, syafie dan Hambali Tetapi yang sebenarnya Syiah adalah agama yang berada diluar ISLAM!! Perbedaan diantara Kita(ahlisunnah) dan Syiah sebagai mana berbedanya dua agama dari awal sampai akhir yang tidak munkin disatukan,kecuali salah satu meninggalkan agamanya!

Ya,memang benar kecintaan terhadap Ahlulbait adalah perintah Allah dan Rasullah s.aw, dan sudah tentu Ahlisunnah amat mencintai Ahlulbait yang mulia tetapi hanya sahaja Ahlisunnah tidak mencintai Ahlubait sehingga meletakkan mereka di tahap Uluhiyyah dimana mereka harus disembah dengan meminta pertologan kepada mereka kerena itu adalah perbuatan syirik Akbar yang mengakibatkan perlakunya Kafir keluar dari Islam.Nauzubillah..

Jernih mengatakan Bila disebut cinta, dimensi cinta sudah sangat lari dari dimensi logik dan aqal fikiran.

Cinta yang tertinggi adalah mencinta Allah s.a.w dengan mengikuti cara nabi s.aw seperti firman Allah : Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku(rasullah), niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.( Ali 'Imran : 31)

Bukankah Rasullah telah melarang umat Islam meratapi kematian dengan cara yang melampau.Tidakah saudara jernih tahu dalam kitab-kitab Syiah yang muktabar melarang tindakan meratapi kematian “Sesiapa yang memukul tangannya ke atas pahanya ketika ditimpa musibah maka binasalah amalanya (Nahhjul Balghah juz 4 hal. 34)



Sekiranya Syiah mahu faham hanya dengan memukul tangan ke paha ketika dtimpa musibah mampu membinasakan amalan,bagaimana pula tindakan Syiah setiap tahun melibas besi ke badan dan melibas pedang kepala sudah tentu ia lebih membinasakan amalan!
Amalan meratapi kematian adalah amalan jahiliah seperti dinyatakan oleh Ulama Syiah Ibnu Babuwaih al-Qummi yang digelari Al-saduq(yang sangat benar) menyebutkan bahawa diantara ucapan Rasullah ialah
“ Meratap kematian adalah amalan jahilliah”( Man laa Yadhurul faqih jilid 4 hal 271)


Sedarlah wahai syiah!!


Seterusnya jernih cuba menjustifikasi perbuatan syiah pada hari asyura dengan menyamakan dengan pergorbanan Nabi Ibrahim.Subhanallah..


Jernih : Contoh;Di manakah logiknya perbuatan Nabi Ibrahim as. meninggalkan bayinya Ismail dan Siti Hajar di lembah tandus Mekah bersendirian?Di manakah logiknya Ibrahim menyembelih anaknya sendiri di hari 10 Zulhijjah?
Jawapannya ialah Ibrahim as cinta kepada Allah dan bersedia berkorban apa sahaja demi menyahut segala perintah Allah hatta sampai ke tahap menyembelih anaknya sendiri.


Komentar :Logiknya pada jawapan anda sendiri “Jawapannya ialah Ibrahim as cinta kepada Allah dan bersedia berkorban apa sahaja demi menyahut segala perintah Allah hatta sampai ke tahap menyembelih anaknya sendiri”. Allah s.w.t yang memerintah Nabi Ibrahim Khalilullah melakukan semua itu.Persoalannya Tuhan manakah yang membenar perbuatan ganas dan barbaric Syiah pada hari Asyura?Nabi mana yang membenarkan perlakuan tersebut? Dan akhir sekali Ahlulbait yang mana yang membenar perbuatan ini yang dilakukan diatas nama mereka? Saya mengharap saudara Jernih dapat menjawab persoalan ini.


Jernih: Baru melihat sekadar titisan darah tertumpah dek kerana cintakan Imam Hussein yang tidak pun membahayakan para pelakunya sudah dianggap sesat, bagaimana kamu boleh menilai pengorbanan para pencinta yang lebih dari itu?.

Komentar :Seperti yang saya nyatakan sebelum ini sekiranya Syiah mencintai Saidina Husin r.a seharusnya Syiah mengikuti pentujuk dari Datuk Husin iatu Rasullah s.a.w.Sekiranya tidak berlandaskan ajaran yang di Ajarkan oleh penghulu Ahlulbait sendiri,maka amalan yang kamu lakukan kononnya untuk menunjukan kecintaan pada Husin adalah tertolak. Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mendahului (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran daripada) Allah dan RasulNya; dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. [al-Hujurat 49:01]

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Sesiapa yang mencipta dalam urusan kami ini apa yang tidak berasal daripadanya maka ia tertolak.(Muslim)

Jernih: Kami menganggap Imam Hussein mengorbankan harta, anak-anaknya, saudara2nya, sahabat2 dan apa sahaja sekalipun demi untuk cintakan Allah di hari Asyura 61 Hijrah. Kalau setakat beberapa titisan darah seperti itu, tidak punya erti yang besar jika dibandingkan dengan korbannya Hussein di Karbala.


Komentar : Tahukah saudara siapakah yang membunuh saidina Husin r,a? Yang bertanggungjawab diatas kematian Husin adalah Syiah kufah,mereka lah yang membunuh saidina Husin dan ahli kelurganya di Karbala. Berkata Al-Imam Al-Husin ketika mendoakan ke atas pengikutnya (Syiah): “Ya Allah kalaulah Engkau mengekalkan mereka hingga suatu ketika, maka pecah belah kan mereka, jadikan mereka berbagai puak yang berlainan dan jangan jadikan penguasa berasa senang dengan mereka. Sesungguhnya mereka telah menyeru kami supaya membantu kami kemudian memusuhi dan membunuh kami.”(Al irsyad al mufid :241)

Pernah sekali lagi beliau berucap dan mendoakan ke atas mereka. Antara yang disebut: “Tetapi kamu gopoh berbaiah kami beramai-ramai seperti binatang yang merayap dan tercicir satu-persatu bagai kupu-kupu terbakar mengelilingi api. Kemudian kamu melanggar dan membatalkan baiah itu. Maka bodohlah,jauhlah dan celakalah bagi pelampau-pelampau di kalangan umat ini; tinggalan al-Ahzab dan pelempar al-Kitab. Kemudian kamu lemah dan kecewa lalu membunuh kami.Ingatlah laknat Allah ke atas mereka yang zalim.”(Al-ihtijaj:2/24)

Dr Husin Al-musawi belas Ulama mujtahid Syiah berkata : Petikan nas-nas ini menerangkan kepada kita siapakah pembunuh-pembunuh Al-Husain a yang sebenar. Mereka itulah penyokongnya (Syiah) dari penduduk Kufah iaitu nenek moyang kita. Maka kenapakah kita meletakkan kesalahan terbunuhnya Al-Husain ke atas Ahli Sunnah?(Kenapa aku meninggalkan Syiah:48)

Imam zainal Abidin anak kepada Saidina Husian r.a menempelak Syiah yang konon bersedih terbunuhnya Husin tapi sebenarnya mereka lah yang telah mengkhianati dam membunuhnya Saidina Husin.Semoga laknat Allah tertimpa kepada pembunuh Husin.

“Sesungguhnya mereka itu menangisi kami tetapi siapakah yang membunuh kami kalau bukan mereka?”(Al-ihtijaj:2/29)


Penutup

Saya seru kepada seluruh penganut Syiah Kembali lah kepada Al-Quran dan As-sunnah Rasullah.s.a.w,sebelum kamu tidak mampu kembali kepadanya lagi.Pada hari ketika muka mereka dibolak-balikan dalam neraka, mereka berkata: "Alangkah baiknya, andaikata kami taat kepada Allah dan taat (pula) kepada Rasul." (Al-Ahzab :66)


Tinggalkanlah kalam-kalam Ayatusyaitan(ulama syiah) yang bercanggah dengan Al-Quran dan sunnah,tetapi sekiranya kamu tetap taat terhadap ulama-ulama kamu yang sesat itu,bermakna kamu telah mempertuhankan mereka seperti firman Allah :" Mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah dan (juga mereka mempertuhankan) Al Masih putera Maryam, padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan yang Esa, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Maha suci Allah dari apa yang mereka persekutukan". (At Taubah :31)

Semoga shalawat dan salam tetap terlimpahkan kepada Nabi Muhammad , keluarga dan segenap sahabatnya. Dan segala puji bagi Allah , Tuhan sekalian alam.






No comments: