Mari kita meneliti kisah seorang pemimpin Islam yang berketurunan Saidina Ali atau di sebut dengan Alawiyah yang mempertahankan maruah kekasih hati Rasullah dan ibu kaum muslim iatu Aisyah r.h.
satu hari aku bersama al-hasan bin Zaid pemerintah tabaristan. Beliau ketika itu hanya memakai kain suf (bulu kambing kasar) dan mengingatkan kepada rakyat agar melakukan kebaikan dan menjauhi kemungkaran. Beliau juga sering menghadiahkan hampir setiap tahun 20 ribu dirham ke Madinah untuk diagihkan kepada anak-anak para sahabat yang masih lagi hidup ketika itu.ran
(pada satu ketika) berhampiranya terdapat seorang lelaki yang memaki hamun Aisyah dengan kata-kata kesat. Beliau lantas mengarahkan dengan tegas mereka disampingya, seraya berkata:
"Wahai pengawal, pancung lehernya!" Mereka(teragak-agak) menjawab: "bahkan beliau ini adalah penyokong setia kerajaan Alawiyah dan dari kalagan kita!" Al-Hasan berkeras "Semoga Allah lindungkan(kita dari gologan ini) dan lelaki ini telah mencela nabi shallahu 'alaihi wasallam, sedangkan Allah telah berfirman:
ٱلۡخَبِيثَـٰتُ لِلۡخَبِيثِينَ وَٱلۡخَبِيثُونَ لِلۡخَبِيثَـٰتِۖ وَٱلطَّيِّبَـٰتُ لِلطَّيِّبِينَ وَٱلطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَـٰتِۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ مُبَرَّءُونَ مِمَّا يَقُولُونَۖ لَهُم مَّغۡفِرَةٌ۬ وَرِزۡقٌ۬ ڪَرِيمٌ۬(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.(surah An-nur:26)
Maka sekiranya Aisyah seorang wanita yang jahat,jadi Nabi shallahu 'alaihi wasallam juga adalah lelaki yang jahat. Kesimpulanya lelaki ini telah kufur(kerana menghina) maka pancunglah dia!" lelaki tersebut pun dipancung lehernya dan aku(utbah) hadir menyaksikan peristiwa tersebut.
(Diriwayatkan oleh al-lalikai'ie-syarah I'tiqad Ahl al-sunnah wa al-jama'ah jld 2.hlm 232)
Semoga Allah melaknat golongan Syiah rafidhah yang mencaci maki Ibu Kaum muslimin Aisyah!

1 comments:
Assalamualaikum,
Terima kasih kerana memautkan web/blog anda kepada www.darulkautsar.com.. Disebabkan serangan siber baru-baru ni web tersebut telah dihapuskan..dan untuk menggantikan web tersebut kami membangun semula web dengan nama www.darulkautsar.net.. Kami masih mengekalkan konsep dan kandungan web asal.
Kami amat-amat menghargai sokongan anda dan amat berharap sekiranya anda dapat membuat pautan semula ke www.darulkautsar.net. Juga kami amat berterimakasih sekiranya anda dapat mewar-warkan kewujudan web kami kepada kenalan-kenalan.
Semoga usaha kita diberkati Allah dan bermanafaat untuk kehidupan kita di dunia dan akhirat.
Wassalam.
Pasukan Pengendali www.darulkautsar.net
Post a Comment